Awal hidup Roald_Dahl

Roald Dahl dilahirkan pada tahun 1916 di Villa Marie, Fairwater Road, Llandaff, Cardiff, Wales. Ibu bapanya, Harald Dahl dan Sofie Magdalene Dahl (née Hesselberg), merupakan keturunan Norway'[4] Harald merupakan anak kelahiran Sarpsborg yang menetap di Cardiff pada tahun 1880-an manakala ibunya orang sebandar dengannya. anak kedua pasangan ini dinamakan sempena Roald Amundsen, seorang penjelajah kutub terkenal dari negara tersebut. Bahasa Norway merupakan bahasa ibundanya yang dituturkan bersama sekeluarganya.[5]

Dahl menyertai syarikat Shell Petroleum pada Julai 1933. Beliau ditugaskan bersama dua pekerja lain setelah dua tahun penjalanan latihan syarikat ke Mombasa, Kenya, kemudiannya ke Dar-es-Salaam, Tanganyika (kini di Tanzania) - Dahl hidup serba mewah di kota ini dengan orang gaji dan tukang masak yang tersendiri.[6]